Dalam soal pembentukan kerajaan pasca PRU15, setiap peringkat UMNO baik dari pihak top 5, biro politik dan majlis kerja tertinggi melihat tiada satu parti yang mampu membentuk kerajaan.<br /><br />Maka di atas asas itu, kata Presidennya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, UMNO telah memulakan rundingan dengan parti luar.<br /><br />Tegas beliau dalam ucapan dasar presiden di PAU 2022 hari ini, adalah tidak adil untuk menuduh sudah ada kesepakatan awal atau perjanjian sulit. Antara pihaknya dengan Pakatan Harapan.